madu dalam saringan

single-honey-pot-255
Aku tidak temui Kamilku, tetapi Allah temukan aku dengan madu. Madu adalah anugerah Allah kepada semua hambaNya. Sayang sekali jika kita sebagai hambaNya tidak meyakini khasiat madu ini.

Nota ini adalah untuk mencatit beberapa kebaikan madu yang kuperhatikan selepas baru lima hari mengamalkannya, diambil dengan serbuk kayu manis.

  1. setakat ini ketagihanku kepada makanan-makanan jajan terhenti dengan sendirinya;
  2. diriku menjadi lebih lunak dibentuk, dengan berfikir tentangnya azam baru aku ini sahaja, aku dapat menepis godaan untuk memakan makanan-makanan yang selama ini sukar ditinggalkan;
  3. aku kini senang sekali mengurangkan makan, dengan alasan, rasulullah berpesan, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang;
  4. ibu selalu berpesan, jangan makan madu setiap hari, nanti panas. Aku mencuba dengan dos 1 sudu makan dahulu, nampaknya ok sahaja, sebab itu aku teruskan. Teringat akan hadith daripada buku itu sendiri, aku tidak mahu tubuhku berdusta. Kita perlu cari ukuran yang sesuai dengan tubuh kita. Mesti bersabar dan tekun.

Paling menggembirakan aku adalah bahawa tidak rasa “panas badan”. Bibirku mengelupas sedikit, tidak pasti sebabnya. Jika berterusan, aku akan kurangkan dos madu.

Ya Tuhan,  mudahkan aku untuk teruskan misi ini.

‘Madu Dalam Saringan’ adalah tajuk sebuah terjemahan kepada novel ‘Nectar in a Sieve’

hijrah alami

herbsAku mengamal herba-herba tanpa kesungguhan yang padu. Sekejap-sekejap begitu bersungguh-sungguh, sekejap-sekejap tinggalkan berminggu-minggu lamanya. Antara yang kucuba tentulah ulam-ulam biasa, serta herba-herba yang kutemui melalui pembacaan. Mungkin juga aku mengamal, tetapi tidak yakin. Aku juga kurang mencatit dan memerhati perubahan yang kualami selepas mengamalkan ubat-ubat itu.

Aku juga tegar mengamalkan doa-doa yang Rasulullah ajar. Doa-doa itu aku dapat dari buku-buku dan radia IKIM. Al-Quran adalah bacaan harianku. Al-Quran dan doa-doa ini untuk kesejahteraan mentalku, memang membantu sampai ke hari ini.  Aku tahu al-Quran adalah syifa’ dan perubatan moden bawa bahaya serta celaka. Tetapi perbuatan-perbuatanku seolah aku tidak cukup yakin bahawa Al-Quran adalah penyembuh yang hakiki. Kalau tidak kenapa aku masih mengambil ubatan moden yang dipreskripsi doktor untuk darah tinggi dan diabetes aku ?

Telah sampai masanya. Kakakku telah perkenalkan aku buku “Rasulullah is My Doctor”. Buku ini sangat radikal dan menginsafkan bagi yang mengamal ubat moden seperti aku, yang baca al-Quran tetapi tidak yakin dengan al-Quran. Tidak nampak hakikat. Rugi kan, aku ? Aku ingin mengambil yang baik-baik daripada buku ini, mengalami sendiri saranan-saranan dalam buku ini, dan mencatatnya dengan tekun.

Ya Tuhan, mudahkanlah untuk aku berubah.

pada hari penamaan

hg-apples1

Sukar bagi diriku untuk berhenti sepenuhnya membicarakan isu-isu politik. Ia adalah godaan semerah epal itu

Hari ini adalah hari penamaan calon untuk PRU 13 mendatang 5 Mei nanti. Politik Malaysia hari ini dipaliti beberapa isu, yang harus aku perturunkan catatan buat ingatan pada masa depan. Antaranya :-

  • dalam pada begitu banyak isu kenegaraan, pihak-pihak nakal masih bermain politik dengan menyebarkan video-video lucah membabitkan pemimpin tertinggi parti-parti pembangkang; kisah video-video Anwar sudah basi, terbaru  boleh baca di sini; berita sebegini lebih senang difaham rakyat biasa, berbanding sebuah analisis ekonomi 
  • terbaru, DAP akhirnya dibenarkan menggunakan logo roket sebagai logo parti mereka dalam PRU ini. Terdahulu, ada isu ROS tidak benarkan penggunaan logo itu berikutan mesyuarat CEC tidak sah; sila baca di sini jika anda suka berat-beratkan kepala. Isu ini dikatakan berbangkit dari ketidakpuasan hati orang dalam DAP sendiri yang tidak dimaklumkan tentang mesyuarat CEC itu. Nota cantik JMD tentang krisis DAP-ROS di sini
  • Najib dan program transfomasinya; pemberian BR1M 1 dan 2, KR1M, Kedai 1Malaysia, entah apa-apa lagi. Tindakan Najib yang laksana Santa Claus itu dilihat berkeupayaan memufliskan negara. Baiklah anda baca sendiri analisis menyokong dan membantah isu ini.

Dalam percaturan ini, aku lebih meyakini BN untuk menerajui negara. Aku berpendapat Malaysia ini akan terbalik bila Pakatan memerintah. PAS tidak boleh diharapkan jika terpaksa bergantung kepada okongan DAP. BN sebaliknya, masih boleh dibaiki daripada dalam, dengan blogger-blogger yang memblog dengan tulus hati. Jika Pakatan yang menang, nanti mereka akan bergaduh dalam memilih PM sekalipun, percayalah.

Aku juga sentiasa ingin tahu jika telahanku ini benar.

anggur masam bertukar manis

grapes

Kata orang bijak pandai, “action speaks louder than words”. Dalam mengutip pengalaman sepanjang hidup kita, tentu kita tahu ada orang yang jenisnya tidak boleh ditegur dengan perkataan. Bila ditegur segera dia bertukar defensif, dan mengungkit kesalahan penegur, yang tidak ada kena-mengena dengan topik perbualan. Dalam keadaan begitu, jika masih ada keikhlasan dalam niat menegur, berhentilah dahulu menegur dengan perkataan.

Sebaliknya, berdoalah untuk dia seusai solatmu. Doakan agar Allah melembutkan jantungnya. Bukankah Allah Yang Maha membolak-balikkan jantung hamba-hambaNya ? Masa berlalu, namun teruskan berdoa dengan penuh kasih-sayang. InsyaAllah satu hari dia sendiri nampak kesilapan dirinya itu secara bandingan terhadap hasil amalan-amalan kamu. Bila dia nampak hasil amalan-amalan kamu, dia nampak kebenaran dalam perkataanmu yang dahulu.

Pada saat itu, semua kenangan silam akan terasa manis diingat-ingat.

azam blog baru

16120A5ABA1BCA5CDA1BCA5B7A5E7A5F3A1CAA5AAA5DAA5E9A1CBA1BFCarnation

Azamku adalah supaya blog ini boleh dibawa ke tengah, ke tepi, ke atas dan ke bawah. Hidup ini adalah terlalu singkat untuk diubahsuai berulang-ulang kali.

pembalasan

daffodil4a

Tuhan maha berkuasa membalas tunai perbuatan-perbuatan dosa kita di dunia ini. Aku mencatatkan ini dengan insaf, supaya setiap kali aku membaca catatan ini, aku memperbaharui taubatku untuk tidak menyelongkar fitnah/ghibah.

Ros di Sisi Kenanga

Selain kenanga, aku juga menyenangi ros. Harap-harapnya ros putih ini akan menemaniku sepanjang perjalanan blog ini.

flower_006