hijrah alami

herbsAku mengamal herba-herba tanpa kesungguhan yang padu. Sekejap-sekejap begitu bersungguh-sungguh, sekejap-sekejap tinggalkan berminggu-minggu lamanya. Antara yang kucuba tentulah ulam-ulam biasa, serta herba-herba yang kutemui melalui pembacaan. Mungkin juga aku mengamal, tetapi tidak yakin. Aku juga kurang mencatit dan memerhati perubahan yang kualami selepas mengamalkan ubat-ubat itu.

Aku juga tegar mengamalkan doa-doa yang Rasulullah ajar. Doa-doa itu aku dapat dari buku-buku dan radia IKIM. Al-Quran adalah bacaan harianku. Al-Quran dan doa-doa ini untuk kesejahteraan mentalku, memang membantu sampai ke hari ini.  Aku tahu al-Quran adalah syifa’ dan perubatan moden bawa bahaya serta celaka. Tetapi perbuatan-perbuatanku seolah aku tidak cukup yakin bahawa Al-Quran adalah penyembuh yang hakiki. Kalau tidak kenapa aku masih mengambil ubatan moden yang dipreskripsi doktor untuk darah tinggi dan diabetes aku ?

Telah sampai masanya. Kakakku telah perkenalkan aku buku “Rasulullah is My Doctor”. Buku ini sangat radikal dan menginsafkan bagi yang mengamal ubat moden seperti aku, yang baca al-Quran tetapi tidak yakin dengan al-Quran. Tidak nampak hakikat. Rugi kan, aku ? Aku ingin mengambil yang baik-baik daripada buku ini, mengalami sendiri saranan-saranan dalam buku ini, dan mencatatnya dengan tekun.

Ya Tuhan, mudahkanlah untuk aku berubah.

2 Komen (+add yours?)

  1. mokcikool
    Apr 28, 2013 @ 23:07:30

    semoga berjaya

    Balas

  2. Kenanga
    Apr 29, 2013 @ 07:57:58

    terima kasih 🙂

    Balas

Tinggalkan komen