khasiat bawang putih

garlic

Bawang putih adalah herba yang disebut di dalam al-Quran. Daripada carianku, bawang putih di dalam bahasa Arab adalah thuum. Namun carian menunjukkan ramai yang menterjemahkan perkataan fuum di dalam Surah al-Baqarah (2) : Ayat  61 sebagai gandum atau bawang putih. Marmaduke Pickthall menterjemahnya sebagai jagung. Seperti juga aku pernah diajar, perkataan Arab untuk ikan di dalam al-Quran adalah huut. Perkataan samak adalah perkataan baru yang orang-orang Arab cipta kemudian.

 Aku kini seboleh-bolehnya tidak mahu terlepas pandang perkara-perkara besar yang Allah pilih untuk sebut di dalam al-Quran, bukan dalam perkara bawang putih sahaja. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu membaca al-Quran berkeadaan buta mata hati. Ini sebahagian jihadku dan aku akan abadikan sisa hidupku yang masih berbaki dengan meneliti apa-apa yang dapat kufahami daripada Al-Quran. Jika ada manfaat daripada catatanku ini, maka teruskanlah membaca.

Bawang putih banyak khasiatnya. Di antaranya :-

  1. baik untuk jantung;
  2. peredaran darah yang lebih baik;
  3. sistem pertahanan diri lebih baik;
  4. anti-oksidan;
  5. agen detoks yang baik;
  6. mengatasi keguguran rambut;
  7. menghilangkan cela pada kulit;
  8. memperbaiki aktiviti sel untuk pertahanan diri;
  9. alisin (allicin) dalam bawang putih adalah anti-biotik yang baik, mencegah kuman membiak;
  10. mencairkan darah seperti kesan aspirin;
  11. menstabilan tekanan darah;
  12. mengurangkan gula dalam darah
  13. mengurangkan kolestrol darah;
  14. mengandungi khasiat-khasiat berikut : protein, potassium, Vitamin A, B, B2 dan C, kalsium dan zink serta banyak lagi.

Aku bukan sekadar membaca tentang kehebatan bawang putih ini. Aku malah telah mencubanya sendiri. Setiap malam sebelum tidur aku akan menelan tiga ulas bawang putih yang kuracik kecil-kecil, dibantu oleh dua tiga teguk air suam. Memang ada terjual supplemen dalam bentuk gel lembut tetapi kalau boleh aku ingin mengambil bawang putih dalam bentuknya yang paling asli. Kalau datang rasa malas, ambilllah kapsul gel itu. Sebagaimana patuhnya aku dahulu dengan arahan Dr Dose untuk mengambil ubat-ubat moden tanpa gagal, begitulah patuh, malah lebih lagi, aku mengambil herba-herba ini pengganti preskripsi Dr Dose dahulu.

Bau mulut akan busuk kalau makan bawang putih mentah. Badan pun akan keluarkan bau busuk semacam. Ada kaedah alami untuk hilangkannya. Bukan masalah langsung. Lain kali cerita lagi.

Rujukan :-

  1. http://www.disabled-world.com/artman/publish/garlic-benefit.shtml
  2. http://www.vegkitchen.com/nutrition/5-top-health-benefits-of-garlic/
  3. http://zeenews.india.com/news/health/healthy-eating/explore-the-health-benefits-of-garlic_20296.html
  4. http://en.wikipedia.org/wiki/Garlic

mothers-day-roses

Hari ini hari jadi Khaulah. Dia dapat sepasang kasut baru. Ibunya bakarkan sebiji kek keju. Kami dah makan dah.

Hari ini buat daging burger sendiri sebab semalam dah beli pencincang daging. Insya Allah lepas ni, tiada lagi burger bikinan kilang. Dan boleh perbaiki lagi resepi daging burger itu.

Hari ini hari terakhir berkempen. Hujan lebat je. Macam mana nak kempen tu ?

Aku merasakan hidup ini sangat indah dengan sokongan-sokongan mereka yang kusayang.

hari ini ramadhan lepas

child-ramadan-mubarak

Imej daripada Google Images